Friday, January 27, 2012

Kawan2ku Kahwin...

Shahrul Fitri & Siti
Felda Sungai Sayong Kulai
26 Dec 2011
Aduhai!..Lama betul tak upload gambar. Wedding Photojournal yang terakhir untuk tahun 2011.Agak sibuk dengan tugas utama diakhir tahun dan untuk persediaan tahun 2012.Hmmph...Masih lagi dalam musim tengkujuh ketika sesi photograpfi untuk majlis resepsi Shahrul dan Siti ini. Sepanjang perjalanan dari Kluang ke Felda Sungai Sayong hinggalah ke akhir majlis hujan terus turun tanpa henti. Sekali sekala hujan turun renyai renyai. Apa apa pun Tahniah dan Terima Kasih kepada pasangan pengantin yang banyak memberi layanan dan kerjasama sepanjang majlis dan sesi photografi ini..Terima Kasih semua !





Insan2 Yang Hebat !

Kamarul Azhar Bin Abd Rahman
20-22Dec2011
Beliau merupakan Pakar Motivasi Profesional yang banyak melahirkan insan2 yang hebat di dalam institusi , firma , syarikat , badan berkanun , swasta , pendidikan , sekolah dan sebagainya. Ahadan & Co merupakan syarikat beliau bersama beberapa orang rakan motivasi yang lain. Terima Kasih kerana sudi membenarkan saya merakamkan beberapa keping gambar beliau.....Bagi anda yang berminat dengan program kendalian beliau,...facebook Ahadan & Co atau kamarul Azhar Bin Abd Rahman......TQ Abang Bro !



Kawan2ku Kahwin...

NurShakeela & Mohd Rizuan
18 Disember 2011
Taman Sri Impian Kluang


Kali ni lambat sikit upload....dah masuk 2012 baru sempat upload... Apa apapun terima kasih buat pasangan pengantin Cikgu Shakeela dan Cikgu Riduan kerana memberi keizinan merakamkan gambar majlis resepsi beliau. Walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan ( hujan turun tanpa henti sepanjang hari...maklumla musim hujan ) ..Alhamdulillah, sesi ini dapat diteruskan hingga ke akhir majlis. Sesi Outdoor terpaksa dilakukan selang beberapa minggu kerana masalah cuaca dan masa senggang yang diluangkan pasangan pengantin ( maklumla Cikgu sibuk diawal Tahun). Sekali lagi terima kasih buat Shakeela & Wan di atas kesudian beliau meluangkan masa yang singkat dan padat bersama saya ! ....TQ juga buat.....Cikgu Mazlina !