Satu Bengkel Fotografi Amal sempena Tabung Gaza telah diadakan di Ayer Hitam. Lokasi pertama diadakan di Kg Parit Khasan dan lokasi kedua di Sawah Sagil di Kg Parit Sagil. Seorang model dengan solekan ala Gothic telah sudi meluangkan masa bersama rakan fotografi mendalami teknik lighting dan potret. Terima kasih kepada Mr Razali kerana usaha anda menganjurkan aktiviti ini. Antara beberapa shot yang berjaya saya rakamkan. Agak malang bagi saya sebab tak bawa flash.
Aktiviti : Bengkel Fotografi Amal sempena Tabung Gaza Tema : Lighting dan Potret Tempat : Sawah Sagil, Ayer Hitam Tarikh : 26 Januari 2009 Masa : 3.00 petang Antara rakan-rakan peserta yang mengambil bahagian sedang membuat warm up.
Antara beberapa aktiviti dan aksi rakan fotografi bersama model.
Inilah Mr Sifu ! ( baju T putih ) Photographer Profesional yang diundang khas dalam Bengkel ni.
Bila Canon bertemu Nikon. Saling bertukar pendapat. Abang hensem ni lah, satu-satunya Canon User selain saya. Yang lain semua pakai Nikon ....!
Salah seorang peserta sedang menembak .....!
Mr Sifu dengan super lensnya ! Mak ooii ! Panjangnya lens dia.....
Weeii ! Buat apa tuh ! . . . .Ntah apa disuruh buatnya tu . . . .
Ini la Mr Razali , penganjur Bengkel Fotografi tu. Semasa sesi amali , dia tolong pegang Flash je......
Para peserta sedang berbincang sesuatu mengenai fotografi. Aik ! macam nak gaduh je......
Mr. Sifu sedang menyiapkan beberapa peralatan dan set up , teknik pencahayaan pelbagai sudut dengan menggunakan 2 buah flash.
Beberapa orang peserta sedang mencuba system flash lighting, atau dikenali sebagai Strobist.